Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan

Nisfu Sha'ban 15 sebelum Ramadhan,
Selama ini ku nanti dengan penuh harapan,
Perasaan gembira tidak dapat ku tahan,
Ini menyebabkan ku melompat keriangan.

Kini Ramadhan telah menjelma,
Saat yang dinanti sudah bermula,
Walaupun payah menahan lapar dan dahaga,
Peluang seluas lautan tidak akan ku mensiakannya.

Pelbagai halangan harus ku timpa,
Juadah sajian terhampar di depan mata,
Ingin ku jamah takut badan binasa,
Balasan Tuhan tidak terkira.

Tarawih withir ibadah yang disaji,
Dilakukan pada setiap malam hari,
Memohon keampunan Yang Mengasihani,
Mengharap dosa-dosa selama ini dapat dihapusi.

Hari-hari pantas berlalu pergi,
Terasa sebak di dalam hati ku ini,
Walaupun Ramadhan akan pergi meninggalkan ku lagi,
Tahun hadapan harap bertemu kembali.

PENULISAN KREATIF

(1) Menggunakan bahasa kiasan
 - Peluang seluas lautan tidak akan ku mensiakannya

(2) Bersifat komunikatif
  - Walaupun payah menahan lapar dan dahaga

(3) Bernada puitis
 - Memohon keampunan Yang Mengasihani,
    Mengharap dosa-dosa selama ini dapat dihapusi

(4) Memilih diksi secara berhati-hati
 - Perasaan gembira tidak dapat ku tahan,
    Ini menyebabkan ku melompat keriangan

(5) Menggunakan ragam aktif
 - Selama ini ku nanti dengan penuh harapan