Saturday, October 16, 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

(A) AYAT TESIS
Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.
(B) AYAT TOPIK
Sudut pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaanya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.

(C) PERENGGAN 
- DEDUKTIF
Kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entiti yang bebas     dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, pernyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehingga menyentuh soal kepimpinan negara.
- INDUKTIF
Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara.Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.
- DEDUKTIF KOMPLEKS
Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh doperkemaskan dar semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mengambil jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam “gedung ilmu”. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

(D) PERENGGAN PENDAHULUAN
Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

(E) PERENGGAN PENUTUP
Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih besar. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan?

(F) PERENGGAN TRANSISI
       Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti UPNM apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.
       Apa yang menarik, semua calon yang bertanding terdiri daripada pelajar awam saja. Bagaimanapun, pegawai kadet tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 Febuari lalu.

(G) PERENGGAN DIALOG
Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. 

(H) CIRI PERENGGAN YANG BAIK
- KEJELASAN
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.
- KEPAUTAN
Apa yang menarik, semua calon yang bertanding terdiri daripada pelajar awam saja. Bagaimanapun, pegawai kadet tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 Febuari lalu.
- KESATUAN
Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya member pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Di sinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimipin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA
- DEFINISI
Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.
- PERBANDINGAN
Perbezaan pandangan dan hujah dalam persaingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.
- SEBAB DAN AKIBAT
Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiti menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.