Friday, September 24, 2010

Penulisan Jawi Semakin Goyah

       Sebelum kedatangan penjajah Inggeris dahulu, tulisan Jawi merupakan tulisan yang utama digunapakai di Tanah Melayu iaitu Semenanjung Malaysia yang disebabkan daripada kedatangan Islam. Jawi merupakan tulisan yang unik kerana ia merupakan sistem tulisan yang diadaptasi daripada sistem tulisan Arab. Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai 2 sistem tulisan.

       Walaubagaimanapun, tulisan Jawi masih lagi digunakan sehingga hari ini. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tulisan Jawi semakin goyah. Kesalahan ejaan tulisan Jawi di papan-papan tanda menunjukkan tulisan Jawi semakin diketepikan oleh masyarakat. Terdapat banyak kesalahan yang dillakukan yang dapat dilihat, di mana perkara sebegini harus dibendung.

       Sebagai masyarakat yang prihatin, kita harus melihat perkara ini dengan lebih serius, dan mengambil tindakan atau langkah-langkah yang lebih tegas dan tersusun. Masyarakat tidak harus melihat aspek ini sebagai perkara yang remeh dan sikap yang melepaskan batuk di tangga harus diketepikan.

        Malah saya sendiri turut semakin goyah dalam pembacaan dan penulisan Jawi kini. Penulisan ini harus dipraktikkan selalu agar tidak tenggelam ditimbus zaman. Jika kanak-kanak diberi pendedahan yang optimum, penulisan Jawi dapat berkembang pesat, bagaikan "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

2 comments:

  1. tulisan jawi semakin dipinggirkan kini..

    anak muda perlu mengetahui tentang warisan bangsa ni...

    ReplyDelete
  2. Salam
    Betul tu tulis jawi semakin goyah terutama di sekolah-sekolah harian biasa.Oleh kita lah yang harus mempertahankan tulisan jawi agar tidak semakin goyah pada masa yang akan datang.

    ReplyDelete