Saturday, September 25, 2010

ULASAN FILEM : MAX PAYNE

Filem Max Payne ialah filem aksi yang diarahkan oleh John Moore dan juga filem yang diterbitkan oleh Twentieth Century Fox. Filem ini dibintangi oleh Mark Walhberg iaitu Max Payne yang memegang watak utama, Mila Kunis, Beau Bridges, Chris O'Donnell, dan Nelly Furtado.

       Filem ini mengisahkan tentang seorang detektif iaitu Max Payne menyiasat kematian isteri dan anaknya yang dibunuh secara kejam. Selepas kejadian itu hidup Max berubah, dia seperti hilang arah dan hanya mencari jalan untuk menemui pembunuh isteri dan anaknya sahaja dan hal ini menyebabkan berlakunya pengkhianatan kepada kerja sebenarnya sebagai detektif. Filem ini memaparkan kesan yang mendalam dalam menghadapi kehidupan apabila cinta yang menyebabkan seseorang melakukan pengkhianatan.

       Secara keseluruhannya filem ini memberi impak yang maksima kepada penggemar filem aksi. Hal ini kerana filem ini banyak memaparkan aksi tembak-menembak yang dapat memukaukan penonton. Plot cerita yang dipaparkan sangat tersusun yang diselit dengan cerita pada masa lampau sangat menarik dan mudah untuk memahami. Kesan grafik "slow motion" semasa berlakunya tembakan yang dipaparkan sangat sempurna dan kesan tembakan yang sangat menakjubkan. Kesan suara pula dimainkan dengan rapi apabila menghubungkan sesuatu babak. Pada pendapat saya, filem ini harus ditonton oleh penggemar filem aksi dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah umur kerana banyak memaparkan aksi ganas. Filem ini dapat memberi ketegangan yang tersendiri kepada dan rugi bagi sesiapa yang tidak menontonnya.

1 comment:

  1. salam.. filem yang juga menarik tetapi terlampau banyak aksi yang kurang sesuai untuk ditonton...

    ReplyDelete